Friday 16 December 2011

~:Wanita..Sayangi Dirimu:~

‎..
Wanita..
Jangan mudah mengeluarkan kata2 cinta pada yang belum tentu menjadi milikmu kelak..
lelaki yang perlu dirimu sayangi hanyalah apabila dirimu sudah b'gelar isteri,,..
iaitu suami mu..katakanlah cinta sebanyak mungkin kepada nya,itu adalah lebih baik...


Wanita..
Sebelum dirimu berumah tangga..
Jika mudah kau mengucapkan cinta,apakah yang kan dirimu perolehi?
..halalkah cintamu sebelum nikah?
kata2 cinta terucap sangat indah,
tetapi yang kita dapat hanyalah duka..
d0sa dan siksa..

Wanita..
sayangi dirimu kerna dirimu juga sepertiku......


                                                              

Friday 2 December 2011

~..:Hiba Di Hati:..~

..
First time merasakan perasaan sebegini.. 
SAHABATku ingin pergi jauh meninggalkan diriku
tatkala diri ini memerlukannya. Sedih rasanya:(
Tidak dapat di gambarkan perasaan hati yang berat melepaskan pergi seorang
sahabat yang sentiasa di hati.
Sayangku padanya terlihat dari segi perlakuan ku sendiri.
Setiap yang melihat, pastinya dikatakan diriku seorang yang manja,
tetapi hakikatnya tidak mudah untuk diriku berperlakuan sebegitu,
 hanya yang sudah terbiasa denganku sahaja yang mengerti..

...Tatkala HIBA menjelma,
Gembiranya di hati apabila seseorang mengambil
 berat akan perihal seseorang yang lain,
apatah lagi diri itu adalah kita sendiri.
Pastinya akan terdetik di hati,
"Alhamdulillah Ya ALLAH, masih ada yang mengambil berat tentang diriku"..
Terharu dan sangat bersyukur dengan pemberian SESEORANG dari ALLAH,yang sangatttt baik..




Ya ALLAH..
Sesungguhnya KAU lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba MU..

Sedih di hati tidak ditahan lagi..
Gerimis di hati semakin membanjiri jiwa...
Mogakan tenang selalu..
Amin..


Thursday 17 November 2011

..Perihal SAHABAT..

SAHABAT..

Jangan di sangka SAHABAT i2 diam kerana rasa benci..
Jangan di sangka SAHABAT i2 sedih kerana rasa di khianati..
Diamnya SAHABAT i2 kerana malu nya diri akibat ketelanjuran diri dalam menyusun kata dan perbuatannya..

SAHABAT sejati i2 pasti TEMANnya kita kerana ALLAH S.W.T..

Bukan kerana cantiknya paras rupa,bukan kerana dirimu i2 bermanfaat buatku,dan juga bukan kerana tebalnya KEBAIKAN di HATImu..
SAHABAT..Kita di minta untuk sentiasa HUSNUZON sesama kita..Bukankah i2 lebih baik?? dari menilai seseorang i2 hanya kerana diamnya dan berubahnya dia dari hari2 biasa…

SAHABAT.

..Diriku berSAHABAT dengan mu bukan kerana dirimu punya kelebihan yg tertentu, tetapi kerana ALLAH....



Wahai SAHABATku..



Terimalah Baik DAN Buruknya diriku kerana Diriku bukanLAH INSAN yang sempurna dari segala aspek.. Maafkan diriku SAHABAT…

lUV u LILLAHI TA'ALA..InsyaALLAH(n_n)…….
Moga ALLAH Mengasihi Dirimu Sentiasa...



Monday 24 October 2011

(Si Sopak, Si Botak dan Si Buta)

......
...PADA suatu masa dahulu, terdapat tiga bersaudara daripada keturunan Bani Israel. Mereka hidup dalam kemiskinan dan sentiasa dihina.
 Salah seorang daripada tiga bersaudara itu digelar Si Sopak.Dia digelar begitu kerana kulitnya dijangkiti penyakit sopak.
 Saudaranya yang kedua, botak kepalanya. Maka digelarnya Si Botak.
 Yang ketiga digelar Si Buta, kerana matanya buta..




..Pada suatu hari, Si Sopak berkata: "Alangkah bahagianya aku jika kulitku sehalus sutera dan aku pula menjadi kaya."Allah mendengar kata-kata itu dan mengutuskan malaikat pergi ke rumah Si Sopak dalam bentuk manusia. Malaikat itu bertanya kepada Si Sopak: "Apakah yang engkau inginkan?""Kulit yang halus dan sihat daripada penyakit ini. Aku juga inginkan unta agar aku boleh menternaknya nanti," kata Si Sopak.Malaikat pun menyapu sekujur tubuh Si Sopak. Kulit Si Sopak pun berubah menjadi halus. Selepas itu, malaikat pun menyerahkan seekor unta yang sedang bunting kepada Si Sopak.Malaikat seterusnya pergi ke rumah Si Botak pula. Si Botak sedang menyesali nasib dirinya yang malang. Kepalanya yang botak kelihatan berkilat."Apakah yang engkau inginkan, wahai Botak," tanya malaikat."Saya ingin sembuh daripada penyakit botak ini. Biarlah rambut yang halus dan lebat tumbuh. Aku juga inginkan lembu untuk dipelihara," kata Si Botak malu-malu.Malaikat pun mengusap lembut kepala Si Botak. Dengan izin Allah, tumbuhlah rambut yang lebat. Wajahnya pula menjadi kacak. Malaikat pun menyerahkan seekor lembu betina bunting kepada Si Botak. Si Botak pun memeliharanya sehingga beranak pinak.Kemudian malaikat pergi pula ke rumah Si Buta. Seperti dua saudaranya yang lain, malaikat bertanya apa yang Si Buta inginkan."Aku inginkan mataku yang buta ini disembuhkan oleh Allah. Maka dapatlah aku melihat saudara-saudaraku," kata Si Buta.Malaikat pun mengusap mata Si Buta. Si Buta pun membuka mata dan alangkah terperanjatnya dia apabila dia sudah dapat melihat. Malaikat pun bertanya kekayaan apakah yang Si Buta inginkan, dan apabila Si Buta meminta kambing, malaikat juga menyerahkan seekor kambing yang sihat dan sedang bunting kepadanya.Beberapa tahun kemudian, terkenallah ketiga-tiga orang bersaudara itu kerana kekayaan masing-masing. Ternakan mereka memenuhi ladang ternakan masing-masing.Mereka sekarang sudah digelar Tuan Sopak, Tuan Botak dan Tuan Buta. Kekayaan mereka tersebar di kalangan Bani Israel.Allah kemudian mengutuskan malaikat untuk turun ke bumi dalam rupa seorang pengemis. Mula-mula sekali, malaikat pergi ke rumah Tuan Sopak."Saya ini musafir yang miskin, tuan," kata malaikat. "Tiada bekal untuk pulang. Demi Allah yang mengurniakan paras yang indah dan harta yang banyak, berilah unta seekor kepada saya untuk teruskan perjalanan."Tuan Sopak jijik melihat musafir di depannya itu. Maka dia pun berkata: "Aku harus menyelesaikan banyak hutang. Aku tidak boleh memberi apa-apa kepada kau."Moga Allah mengembalikan keadaan tuan yang asal," balas malaikat yang menyerupai pengemis itu.Selepas malaikat tersebut beredar, Si Sopak menjadi seperti dahulu. Kulitnya kembali dijangkiti sopak. Ternakan untanya semakin hari semakin susut kerana mati. Akhirnya habislah semua harta kekayaannya.Malaikat pergi menemui Tuan Botak pula untuk meminta sedekah, Tuan Botak memberi alasan yang sama dengan Tuan Sopak. Maka malaikat pun berdoa agar Allah menjadikan Tuan Botak seperti dulu.Kepalanya pun menjadi botak kembali. Lembu Si Botak juga mati seekor demi seekor. Maka Si Botak pun kembali miskin.Malaikat menemui Tuan Buta pula. Lelaki itu sentiasa bersyukur kepada Allah. Apabila malaikat meminta agar diberikan seekor kambing, Tuan Buta pun berkata: "Dulu aku seorang buta. Allah telah menyembuhkan mataku. Oleh itu, kau ambil mana-mana kambing yang engkau sukai untuk dibuat bekalmu."Mendengar jawapan itu, malaikat pun berkata: "Jagalah hartamu baik-baik. Sebenarnya Allah hanya ingin mengujimu. Allah telah meredaimu, sedangkan saudara-saudaramu telah mendapat kemurkaan."Si Buta pun menadah tangan lalu mengucapkan syukur...


Sumber: Utusan Malaysia


 ......Sesungguhnya “bersyukur” itulah tanda – tanda seseorang itu beriman dan bertaqwa kepada Sang Pencipta yang Maha Esa dan Maha Berkuasa. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hamba – Nya seharusnya di terima dengan nada sebagai seorang hamba, barulah nikmat yang diterima mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T..
Jadi...
Berbuat Baiklah Kepada Semua(n_n)

Tuesday 23 August 2011

..:Epilog Seorang Pejuang:..

Tika senja melabuh layarnya,
Kicauan burung sayup kedengaran,
Terpaku diri mengimbau semula,
Erti sebuah perjuangan..

Arus hidup yg penuh kepalsuan,
Deruan ombak badai kesesatan,
Terdampar diri asing tersisih..

Hakikat hidup bak roda berputar,
Seringkali kita terkeliru,
Oleh dunia yang menipu,
Oh Tuhanku, itulah diriku..

Kumenyedari siapa diri ini,
Mengharap menanti kejayaan di dalam hidup,
Tanpa pengorbanan..

Di kala rembulan mengambang indah,
Cahayanya menerang kegelapan,
Tika itulah kumenangis gundah,
Terkenangkan kesilapan..

Bagaikan musafir kehilangan punca,
Melangkah kaki pasrah dan berserah,
Menyerah diri tawakkal berusaha..

Dan kini kuakur pada hakikat,
Suka dan duka dalam perjuangan,
Perlu ketabahan dan kekuatan,
Keteguhan hati berlandas iman..

Epilog Hidup Seorang Pejuang,
Mengharung mehnah dan ujian,
Berjuanglah dan terus berkorban..

Tika mentari memancar sirna,
Bumi bertuah menyambung usia,
Dalam segala kesuraman untukku terus berjuang..

Monday 22 August 2011

"""Cover Your Aurah"""



Untuk renungan bersama sahabat-sahabat sekalian..terutamanya yang bergelar wanita..
Ana sayang dirimu seperti diri ini jua..

Dengarlah wahai wanita~


Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka.

Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.

Setitik air mata ibu kerana perangai jahat anaknya, selamanya kamu dalam neraka selagi tiada keampunan dari ibumu.

Hargailah mengorbanan kedua ibu bapa kita.. 
Jika sudah bersuami, janganlah hanya kerana kita yang tidak menutup aurat, dia pun tertrik sama.
Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kita. Jangan kerana kita orang lain yang kena. 

MasyaALLAH...ALLAHU AKBAR

sungguh nasihat ini untu diri ana sendiri dan juga wanita-wanita di sana yang bergelar anak, isteri dan yang mempunyai keluarga....

Sayangilah mereka.. 
JIka tiada rasa sayang untuk mereka, sayangilah diri mu sendiri wahai wanita yang ku sayangi (n_n) 
..ALLAH sentiasa bersama hamba-hambaNYA..