Tuesday 23 August 2011

..:Epilog Seorang Pejuang:..

Tika senja melabuh layarnya,
Kicauan burung sayup kedengaran,
Terpaku diri mengimbau semula,
Erti sebuah perjuangan..

Arus hidup yg penuh kepalsuan,
Deruan ombak badai kesesatan,
Terdampar diri asing tersisih..

Hakikat hidup bak roda berputar,
Seringkali kita terkeliru,
Oleh dunia yang menipu,
Oh Tuhanku, itulah diriku..

Kumenyedari siapa diri ini,
Mengharap menanti kejayaan di dalam hidup,
Tanpa pengorbanan..

Di kala rembulan mengambang indah,
Cahayanya menerang kegelapan,
Tika itulah kumenangis gundah,
Terkenangkan kesilapan..

Bagaikan musafir kehilangan punca,
Melangkah kaki pasrah dan berserah,
Menyerah diri tawakkal berusaha..

Dan kini kuakur pada hakikat,
Suka dan duka dalam perjuangan,
Perlu ketabahan dan kekuatan,
Keteguhan hati berlandas iman..

Epilog Hidup Seorang Pejuang,
Mengharung mehnah dan ujian,
Berjuanglah dan terus berkorban..

Tika mentari memancar sirna,
Bumi bertuah menyambung usia,
Dalam segala kesuraman untukku terus berjuang..

Monday 22 August 2011

"""Cover Your Aurah"""



Untuk renungan bersama sahabat-sahabat sekalian..terutamanya yang bergelar wanita..
Ana sayang dirimu seperti diri ini jua..

Dengarlah wahai wanita~


Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka.

Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.

Setitik air mata ibu kerana perangai jahat anaknya, selamanya kamu dalam neraka selagi tiada keampunan dari ibumu.

Hargailah mengorbanan kedua ibu bapa kita.. 
Jika sudah bersuami, janganlah hanya kerana kita yang tidak menutup aurat, dia pun tertrik sama.
Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kita. Jangan kerana kita orang lain yang kena. 

MasyaALLAH...ALLAHU AKBAR

sungguh nasihat ini untu diri ana sendiri dan juga wanita-wanita di sana yang bergelar anak, isteri dan yang mempunyai keluarga....

Sayangilah mereka.. 
JIka tiada rasa sayang untuk mereka, sayangilah diri mu sendiri wahai wanita yang ku sayangi (n_n) 
..ALLAH sentiasa bersama hamba-hambaNYA..