|
Kemana Dirimu Wahai Sahabat?
|
Tatkala diri ini terjatuh di arus dunia, KAU hadirkan
seorang sahabat yang tidak ternilai harganya. Tatkala ku kesepian, KAU
berikan diriku seorang teman yang sangat periang yang mampu membuatkan
ku tertawa gembira. Ketika ku di dalam ke alpaan, KAU titpkan seorang insan
yang hadirnya memberi ku seribu
keinsafan tentang KEAGUNGANMU sebagai pencipta sekalian alam. Tangisku bukanlah
kerana sakit, tetapi kerana betapa ku malu,betapa ku segan dan terlalu kerdil
diriku di hadapan MU.
Seringkali diriku tidak mensyukuri nikmat yang telah ENGKAU
berikan. Tentang hadirnya seorang sahabat, telah ku persia-siakan dirinya.
Tetapi itu dahulu. YA ALLAH.. Diriku
terlalu menyayanginya, dia sahabat yang ku cari-cari selama ini, dia sahabat yang
baik, tetapi diriku telah mensia-siakan sahabat sepertinya. YA ALLAH,
kembalikanlah dia kepada ku YA ALLAH, agar diriku dapat menjaganya sebagai
sahabat yang setia. Sahabat yang baik buatnya.
HambaMU ini telah
membuatnya sentiasa rasa bersalah dengan
perbuatan ku. Dahulu, nasihatnya tidak ku endahkan, kata-katanya tidak ku “iya”
kan, bait katanya pasti ku balas dengan kata-kata yang tidak baik, kebaikannya
terhadapku telah ku hancurkan, seringkali diriku melayaninya dengan
ketidakbaikanku, di waktu itu jugalah bibirnya
akan mengeluarkan soalan yang sememangnya diriku mahu mendengarnya
tetapi telah ku menidakkan di hadapannya. Pastinya ku ingat setiap
kata-katanya, terpacul soalan dari bibirnya “tak sayang adik lah 2?..tak sayang
adik ker?..”..YA ALLAH..Pastinya soalan-soalan itu membuatku diriku terdiam
seketika, dengan keegoan di hati telah ku balas kata-kata itu dengan kata-kata
yang bisa mengguris hatinya. Ingin ku pujuk tetapi apakan daya hati berkata
“jangan”..
Betapa tebalnya keegoaan di hatiku,betapa kuatnya hasrat
membenci. Sememangnya dia sahabat yang sejati, walaupun terkadang hatiku
terguiris juga kerana perbuatan dan tingkah lakunya terhadapku. Pastinya setiap
insan ada kekurangan dan kelebihan
masing-masing. Tidak ku menidakkan, terselit juga sedikit perbuatannya yang
mampu membuatkanku menangis, bersedih n merasa ingin marah. Dia adik bagiku,
panggilan sahabat buatnya seperti tidak serasi di jiwaku, tetapi bagiku
panggilan “adik” itu lebih sesuai baginya kerana umurnya lebih muda dariku.
Ku akui kesalahanku terhadapnya yang menimbun bak gunung
yang tinggi. Seringkali diriku akan menasihatinya, tetapi lain jadinya, mungkin
ada kesilapan yang telah ku lakukan semasa menasihatinya sehingga hormatnya padaku
semakin kurang.
Tetapi kini ku sedari semua kesalahanku terhadapnya, jika di
berikan peluang sekali lagi pasti kan ku manfaatkan masa itu dengan sebaik
mungkin, dirinya akan ku sayang seperti adikku sendiri. Dia sahabat yang baik
walaupun umur kami berbeza. Ku rindu tawa dan nasihatnya terhadapku. Ku rindu
senyumannya yang manis bak madu. YA ALLAH.. Kembalikanlah kemesraan kami
seperti dahulu, hambaMU ini merindukan saat itu. Dia sahabat yang baik buatku
dan semua. Diriku tahu dia mempunyai
banyak masalah, apatah lagi soal teman-temannya yang lain. Ku ingin membantu
dirinya. InsyaALLAH…
Tetapi kini dia sudah mempunyai teman yang lain..YA ALLAH..Kuatkan diriku ini,
sesungguhnya diriku insan yang sangat lemah. Meskipun dia telah melupakan
diriku, ku bermohon padaMU YA ALLAH, Kuatkanlah hatiku….
Semoga di
permudahkan..Aamiin
Walaupun begitu.. Dia SAHABATKU Abadan abada….
ps : Dia masih seperti dahulu..malah bertambah pelik..Doakan(n_n)