Showing posts with label Suara Hati. Show all posts
Showing posts with label Suara Hati. Show all posts

Friday, 10 August 2012

~:Ungkapan Jiwa Hamba:~



Saat Aku Menangis


Mungkin dia tak perasan yang HATI kita sedih dengan kata-katanyanya..
Mungkin dia tak pernah tahu yang kita SAKIT kerana perlakuannya..
Mungkin dia tak tahu betapa sakitnya HATI yang diteka teki..
Mungkin dia tak tahu di sebalik rahsia yang tersembunyi..
Mungkin dia tak tahu kesusahan dan kesulitan kita demi menjaganya..

Mungkin dia tak tahu macam mana nak jadi yang terbaik buat kita..
Adakah lebih mungkin bila dia tak pernah nak tahu betapa HATI ini menahan dari membenci..

HATI ya HATI..
Ku ingin kau tabah dan kuat walau pelbagai dugaan menimpa.. 
Dia itu SAHABAT dan Teman,,jika bukan kita yang bersabar siapa lagi.. 
Mungkin ada yang membenci tetapi kita menyayangi sahabat itu.. 
Buang segala rasa benci dan sakit demi sahabat..

TEMAN...dia temanku...
Kerana Hati berkata ingat ALLAH.. 
Berteman dengannya semata kerana ALLAH...
YA ALLAH..keranaMU aku masih berdiri teguh walau hati tak mampu menanggung kesedihan ini..
Kerana teman, 
kerana teman dia sahabat....


..Aku Pasti Menanti Hari Yang Cerah Itu..

~Dan takkan mungkin aku membenci dirinya kerana 
kesilapan yang sedikit  itu,,
Andaikan jika dia membuat kesilapan yang lebih besar pun pasti tidakkan aku meninggalkannya,
malah akan ku pimpin semula dirinya.. Semakin ku sayang sahabat yang memerlukanku ...~

Wednesday, 30 May 2012

~:N0ta hati SAHABAT:~



~Sahabat sejati umpama mawar yang wangi,

Di biar ia mengikuti,
Di sentuh ia memberi,
Di jaga ia menghargai..

Andai berteman,
 pastikan imanmu di alunkan ke dasar hatinya, 
Tak usah menunggu hasil,
Pengharapan yang baik pasti berhikmah..

Jadikan teman nur insani diri.. 
Andai din0da, 
jangan di lempar duri,
 lemparkan kelembutan hati,

P/s : Berd0a buat teman^_^....

Thursday, 22 March 2012

~Kemana Sifat Malumu??~


Assalamualaikum..

Kemana hilangnya rasa malu pada anak2 muda zaman sekarang??
Tidak kira lelaki atau wanita,,
perasaan malu itu semakin menghilang pergi..



Bukti yang ana dapat lihat secara terus,,,


1.Kentut di khalayak ramai tanpa rasa malu dan gelak bersama rakan
2.Mengurat anak dara orang di tempat awam
3.Online dengan melihat laman web yang tidak elok
4.Lalai dengan duniawi hingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim
5.Buang dan derhaka pada ibu bapa
6.Ber"couple" dengan menunjuk-nunjuk bahawa mereka sudah berpunya..
7.dan banyak lagi,tidak mampu ana sebutkan lagi..
Akan kita bantu mereka2 ini dengan semangat yang berpadu IMAN.....


Insan Berjiwa Hamba ILLAH_
Berdakwah itu adalah kewajipan setiap Muslim..
Jangan lepaskan tanggungjawap kita sebagai Hamba ALLAH yang di berikan kewajipan untuk mentadbir dunia..
Mari tegakkan Agamamu Insan..
Selagi hayat di kandung badan,
Bangkitkan semangat Jihad dalam dirimu teman~.....



Ingin ku bantu,tetapi terkadang ianya susah..Andai dapat ku lkukan dengan sebaik mungkin, tidak akan ku biar anak-anak remaja menjadi liar dan hilang rasa malunya..
Mohon bantuan semua sahabat..Mereka sama seperti kita,perlukan bimbingan yang benar..

Usaha itu penting dari kita diam tanpa berbuat apa-apa..


P/s : Moga ALLAH permudahkan segala urusan kita..Aaaammmiiinnnnn


Saturday, 7 January 2012

..:~Sesalan Jiwa (Sahabat)~:..


Kemana Dirimu Wahai Sahabat?


YA ALLAH…

Tatkala diri ini terjatuh di arus dunia, KAU hadirkan seorang sahabat yang tidak ternilai harganya. Tatkala ku kesepian, KAU berikan  diriku seorang  teman yang sangat periang yang mampu membuatkan ku tertawa gembira. Ketika ku di dalam ke alpaan, KAU titpkan seorang insan yang hadirnya memberi  ku seribu keinsafan tentang KEAGUNGANMU sebagai pencipta sekalian alam. Tangisku bukanlah kerana sakit, tetapi kerana betapa ku malu,betapa ku segan dan terlalu kerdil diriku di hadapan MU.

Seringkali diriku tidak mensyukuri nikmat yang telah ENGKAU berikan. Tentang hadirnya seorang sahabat, telah ku persia-siakan dirinya. Tetapi itu dahulu.  YA ALLAH.. Diriku terlalu menyayanginya, dia sahabat yang ku cari-cari selama ini, dia sahabat yang baik, tetapi diriku telah mensia-siakan sahabat sepertinya. YA ALLAH, kembalikanlah dia kepada ku YA ALLAH, agar diriku dapat menjaganya sebagai sahabat yang setia. Sahabat yang baik buatnya.

YA ALLAH.

HambaMU ini  telah membuatnya sentiasa rasa  bersalah dengan perbuatan ku. Dahulu, nasihatnya tidak ku endahkan, kata-katanya tidak ku “iya” kan, bait katanya pasti ku balas dengan kata-kata yang tidak baik, kebaikannya terhadapku telah ku hancurkan, seringkali diriku melayaninya dengan ketidakbaikanku, di waktu itu jugalah bibirnya  akan mengeluarkan soalan yang sememangnya diriku mahu mendengarnya tetapi telah ku menidakkan di hadapannya. Pastinya ku ingat setiap kata-katanya, terpacul soalan dari bibirnya “tak sayang adik lah 2?..tak sayang adik ker?..”..YA ALLAH..Pastinya soalan-soalan itu membuatku diriku terdiam seketika, dengan keegoan di hati telah ku balas kata-kata itu dengan kata-kata yang bisa mengguris hatinya. Ingin ku pujuk tetapi apakan daya hati berkata “jangan”..

Betapa tebalnya keegoaan di hatiku,betapa kuatnya hasrat membenci. Sememangnya dia sahabat yang sejati, walaupun terkadang hatiku terguiris juga kerana perbuatan dan tingkah lakunya terhadapku. Pastinya setiap insan  ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Tidak ku menidakkan, terselit juga sedikit perbuatannya yang mampu membuatkanku menangis, bersedih n merasa ingin marah. Dia adik bagiku, panggilan sahabat buatnya seperti tidak serasi di jiwaku, tetapi bagiku panggilan “adik” itu lebih sesuai baginya kerana umurnya lebih muda dariku.

Ku akui kesalahanku terhadapnya yang menimbun bak gunung yang tinggi. Seringkali diriku akan menasihatinya, tetapi lain jadinya, mungkin ada kesilapan yang telah ku lakukan semasa  menasihatinya sehingga hormatnya padaku semakin kurang.

Tetapi kini ku sedari semua kesalahanku terhadapnya, jika di berikan peluang sekali lagi pasti kan ku manfaatkan masa itu dengan sebaik mungkin, dirinya akan ku sayang seperti adikku sendiri. Dia sahabat yang baik walaupun umur kami berbeza. Ku rindu tawa dan nasihatnya terhadapku. Ku rindu senyumannya yang manis bak madu. YA ALLAH.. Kembalikanlah kemesraan kami seperti dahulu, hambaMU ini merindukan saat itu. Dia sahabat yang baik buatku dan semua.  Diriku tahu dia mempunyai banyak masalah, apatah lagi soal teman-temannya yang lain. Ku ingin membantu dirinya. InsyaALLAH…

Tetapi kini dia sudah mempunyai teman  yang lain..YA ALLAH..Kuatkan diriku ini, sesungguhnya diriku insan yang sangat lemah. Meskipun dia telah melupakan diriku, ku bermohon padaMU YA ALLAH, Kuatkanlah hatiku….

Semoga  di permudahkan..Aamiin
Walaupun begitu.. Dia SAHABATKU Abadan abada….


ps : Dia masih seperti dahulu..malah bertambah pelik..Doakan(n_n)

Friday, 2 December 2011

~..:Hiba Di Hati:..~

..
First time merasakan perasaan sebegini.. 
SAHABATku ingin pergi jauh meninggalkan diriku
tatkala diri ini memerlukannya. Sedih rasanya:(
Tidak dapat di gambarkan perasaan hati yang berat melepaskan pergi seorang
sahabat yang sentiasa di hati.
Sayangku padanya terlihat dari segi perlakuan ku sendiri.
Setiap yang melihat, pastinya dikatakan diriku seorang yang manja,
tetapi hakikatnya tidak mudah untuk diriku berperlakuan sebegitu,
 hanya yang sudah terbiasa denganku sahaja yang mengerti..

...Tatkala HIBA menjelma,
Gembiranya di hati apabila seseorang mengambil
 berat akan perihal seseorang yang lain,
apatah lagi diri itu adalah kita sendiri.
Pastinya akan terdetik di hati,
"Alhamdulillah Ya ALLAH, masih ada yang mengambil berat tentang diriku"..
Terharu dan sangat bersyukur dengan pemberian SESEORANG dari ALLAH,yang sangatttt baik..




Ya ALLAH..
Sesungguhnya KAU lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba MU..

Sedih di hati tidak ditahan lagi..
Gerimis di hati semakin membanjiri jiwa...
Mogakan tenang selalu..
Amin..


Thursday, 17 November 2011

..Perihal SAHABAT..

SAHABAT..

Jangan di sangka SAHABAT i2 diam kerana rasa benci..
Jangan di sangka SAHABAT i2 sedih kerana rasa di khianati..
Diamnya SAHABAT i2 kerana malu nya diri akibat ketelanjuran diri dalam menyusun kata dan perbuatannya..

SAHABAT sejati i2 pasti TEMANnya kita kerana ALLAH S.W.T..

Bukan kerana cantiknya paras rupa,bukan kerana dirimu i2 bermanfaat buatku,dan juga bukan kerana tebalnya KEBAIKAN di HATImu..
SAHABAT..Kita di minta untuk sentiasa HUSNUZON sesama kita..Bukankah i2 lebih baik?? dari menilai seseorang i2 hanya kerana diamnya dan berubahnya dia dari hari2 biasa…

SAHABAT.

..Diriku berSAHABAT dengan mu bukan kerana dirimu punya kelebihan yg tertentu, tetapi kerana ALLAH....



Wahai SAHABATku..



Terimalah Baik DAN Buruknya diriku kerana Diriku bukanLAH INSAN yang sempurna dari segala aspek.. Maafkan diriku SAHABAT…

lUV u LILLAHI TA'ALA..InsyaALLAH(n_n)…….
Moga ALLAH Mengasihi Dirimu Sentiasa...



Sunday, 21 August 2011

~Tutupkanlah Hatiku~



Ya Allah..
tutupkanlah hati ku pada mana2 lelaki.. sehingga sampai jodohku...
Ya Allah..
tutupkanlah hatiku untuk melakukan maksiat pada Allah lagi..
xsanggup rasanya ku hitung dan mengukir dosaku lagi..
aku manusia lemah.. xmampu bangkit tanpa huluran bantuanmu..
Ya Allah..
hinalah aku tanpa cinta dan kasihku pada mu..
Ya Allah..
berjuta air dari kelopak mata ini.. membasahi pipiku..
berjuta kali ku kesat dan pujuk hati ini....
Kau cintaku yang abadi...
aku terus ternoda.. titik hitam terus bermaharajalela..
Ya Allah..
tiada lagi tempat tuk ku mengadu.. hanya padamu..
tutupkanlah simpatiku tutupkanlah hatiku kepada yang tidak berhak...
tutupkanlah...
biarlah hati ini hanya untukmu...
ku pasti dengan janjimu.. ku pasti dengan ketentuanmu...
ku pasti akan kasih sayangmu... ku pasti ya Allah..  
 
~tutuplah pintu hatiku pada insan yang bergelar ajnabi...
lelah.. aku lelah..
hentikanlah dugaan ini..
ku xmampu harungi lagi~...


kasihanilah aku Ya Allah...

ku tahu redhamu tetap ada untuk ku.. jadikanlah aku hamba yang taat kpdmu..
aku tidak sanggup lagi Ya Allah..
xsanggup lagi menderhakaimu...."