Saturday 7 January 2012

..:~Sesalan Jiwa (Sahabat)~:..


Kemana Dirimu Wahai Sahabat?


YA ALLAH…

Tatkala diri ini terjatuh di arus dunia, KAU hadirkan seorang sahabat yang tidak ternilai harganya. Tatkala ku kesepian, KAU berikan  diriku seorang  teman yang sangat periang yang mampu membuatkan ku tertawa gembira. Ketika ku di dalam ke alpaan, KAU titpkan seorang insan yang hadirnya memberi  ku seribu keinsafan tentang KEAGUNGANMU sebagai pencipta sekalian alam. Tangisku bukanlah kerana sakit, tetapi kerana betapa ku malu,betapa ku segan dan terlalu kerdil diriku di hadapan MU.

Seringkali diriku tidak mensyukuri nikmat yang telah ENGKAU berikan. Tentang hadirnya seorang sahabat, telah ku persia-siakan dirinya. Tetapi itu dahulu.  YA ALLAH.. Diriku terlalu menyayanginya, dia sahabat yang ku cari-cari selama ini, dia sahabat yang baik, tetapi diriku telah mensia-siakan sahabat sepertinya. YA ALLAH, kembalikanlah dia kepada ku YA ALLAH, agar diriku dapat menjaganya sebagai sahabat yang setia. Sahabat yang baik buatnya.

YA ALLAH.

HambaMU ini  telah membuatnya sentiasa rasa  bersalah dengan perbuatan ku. Dahulu, nasihatnya tidak ku endahkan, kata-katanya tidak ku “iya” kan, bait katanya pasti ku balas dengan kata-kata yang tidak baik, kebaikannya terhadapku telah ku hancurkan, seringkali diriku melayaninya dengan ketidakbaikanku, di waktu itu jugalah bibirnya  akan mengeluarkan soalan yang sememangnya diriku mahu mendengarnya tetapi telah ku menidakkan di hadapannya. Pastinya ku ingat setiap kata-katanya, terpacul soalan dari bibirnya “tak sayang adik lah 2?..tak sayang adik ker?..”..YA ALLAH..Pastinya soalan-soalan itu membuatku diriku terdiam seketika, dengan keegoan di hati telah ku balas kata-kata itu dengan kata-kata yang bisa mengguris hatinya. Ingin ku pujuk tetapi apakan daya hati berkata “jangan”..

Betapa tebalnya keegoaan di hatiku,betapa kuatnya hasrat membenci. Sememangnya dia sahabat yang sejati, walaupun terkadang hatiku terguiris juga kerana perbuatan dan tingkah lakunya terhadapku. Pastinya setiap insan  ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Tidak ku menidakkan, terselit juga sedikit perbuatannya yang mampu membuatkanku menangis, bersedih n merasa ingin marah. Dia adik bagiku, panggilan sahabat buatnya seperti tidak serasi di jiwaku, tetapi bagiku panggilan “adik” itu lebih sesuai baginya kerana umurnya lebih muda dariku.

Ku akui kesalahanku terhadapnya yang menimbun bak gunung yang tinggi. Seringkali diriku akan menasihatinya, tetapi lain jadinya, mungkin ada kesilapan yang telah ku lakukan semasa  menasihatinya sehingga hormatnya padaku semakin kurang.

Tetapi kini ku sedari semua kesalahanku terhadapnya, jika di berikan peluang sekali lagi pasti kan ku manfaatkan masa itu dengan sebaik mungkin, dirinya akan ku sayang seperti adikku sendiri. Dia sahabat yang baik walaupun umur kami berbeza. Ku rindu tawa dan nasihatnya terhadapku. Ku rindu senyumannya yang manis bak madu. YA ALLAH.. Kembalikanlah kemesraan kami seperti dahulu, hambaMU ini merindukan saat itu. Dia sahabat yang baik buatku dan semua.  Diriku tahu dia mempunyai banyak masalah, apatah lagi soal teman-temannya yang lain. Ku ingin membantu dirinya. InsyaALLAH…

Tetapi kini dia sudah mempunyai teman  yang lain..YA ALLAH..Kuatkan diriku ini, sesungguhnya diriku insan yang sangat lemah. Meskipun dia telah melupakan diriku, ku bermohon padaMU YA ALLAH, Kuatkanlah hatiku….

Semoga  di permudahkan..Aamiin
Walaupun begitu.. Dia SAHABATKU Abadan abada….


ps : Dia masih seperti dahulu..malah bertambah pelik..Doakan(n_n)

No comments:

Post a Comment